~ENGKAU SAHABAT, ENGKAU IDOLAKU~
Sebelum masuk kem hutan saya ada hantar mesej kepada dia kalau tidak silap suruh dia doakan kami yang nak masuk kem ni. Dia tak dapat ikut kem. Masa dalam kem ada abang dia bagitau dia tak boleh jalan, saya tak percaya saya cakap mungkin abang dia cuma melawak ja. Rupannya betul, lepas tu saya tanya abang dia macam mana keadaan Nasrin dia cakap dah boleh bangun. Saya tengok perkembangan kesihatan arwah melalui Facebook dan WhatsApp. 28 November 2015 arwah ada like status wechat saya, saya chat dia. Bagitahu kuatkan semangat, kami Rimbawan 31 menunggu dia kembali, dan macam mana keadaan dia, dia cakap alhamdulillah dah sihat. 8 Disember 2015 saya dapat tahu arwah ditahan di Hospital Besar Sandakan. Malam tu Rimbawan 31 semua bersepakat untuk buat solat hajat dan bacaan Yaasin pada keesokan harinnya. 9 Disember 2015, akak Nasrin bagitau Nasrin dalam keadaan kritikal, dia sebagai wakil Nasrin ingin meminta maaf dan menghalalkan makan minum Nasrin, dan jika Nasrin ada hutang mintak dituntut serta menyuruh kami mendoakan arwah agar kembali sihat seperti sediakala. Pukul 11.06 AM, ada Haliza (sahabat baik Nasrin) hantar chat , doktor membuat pemeriksaan serta mengatakan terdapat darah beku di otaknya yang menyebabkan beliau tidak dapat dibedah. Keadaannya 50/50 dan cuma mengharap keajaiban daripada Allah. Walaupun arwah tahu banyak soal ilmu agama dia tidak sombong, malah siap suruh kongsikan lagi apa-apa ilmu yang baru. Hebatnya arwah. Malam tu Pusat Islam buat solat hajat ngn bacaan Yaasin untuk kesembuhan arwah. 10 Disember 2015 3.11 PM, kakak Nasrin cakap maafkan Nasrin, halalkan makan minum dia, sebab doktor cakap Nasrin tiada harapan sudah. 6.29 PM, seorang sahabat yang baik telah meninggalkan kami semua. Sampai sekarang masih terasa di dalam lubuk hati. Allah Ajal Maut sudah ditentukan. Setiap yang hidup akan Mati. Allah lebih sayangkan dia. Nasrin meninggal malam Jumaat, dia dipilih oleh Allah, malam Jumaat dia pergi, "indahnya hari sahabat ku Nasrin" Pintu Neraka Tertutup Pintu Syurga Terbuka UntukMu SAHABAT. Aaminn.. Mereka menceritakan mengenai Tribute arwah. Betapa hebatnnya kau SAHABAT, Allah walau kau hebat, kau tidak riak dan angkuh Nasrin. Alhamdulillah Allah memperkenalkan saya dengan seorang insan yang begitu hebat, dalam bidang agama dalam kerja-kerja kebajikan. Engkau bagaikan "AMMAR JUNIOR" Nasrin. Begitu hebat dirimu SAHABATKU. Setelah dia meninggal baru kami tahu nama sebenar arwah serta umur sebenar arwah. Subhanallah, bertapa Allah menjaga aibmu SahabatKu.. Abang engkau menceritakan mengenai mayat engkau Nasrin, Allah kuasa dan keajaibannya ditunjukkan untuk kesedaran pada diri kami, kepada engkau hamba-Nya yang soleh. Kami ingin mengikut jejak langkah mu Nasrin. Allah aku bangga Nasrin ada sahabat sepertimu. Setiap apa yang diperkatakan oleh mu tidak pernah menyakitkan sahabat. Tenanglah engkau di sana SAHABATKU. Sayangnya semua chat kita terpadam Nasrin storage handset aku tidak cukup,. Hanya apa yang saya ingat saya ceritakan. Allah, Sahabatku Nasrin engkau tetap akan berada dalam ingatan kami, hingga akhir hayat Aaminn.. ENGKAU SAHABAT DAN ENGKAU IDOLAKU NASRIN@ HAZMAN.
!! Segala cerita ini adalah benar..
Kenangan saya bersama arwah..
Sayangnya mesej di WhatsApp semua terpadam..
ALLAH T_T
#Damai dan Tenanglah kau di sana SAHABATKU.
AL-FATIHAH:
MOHAMAD NASRIN BIN ABDULLAH/ MOHD HAZMAN BIN LAUGU.
Kekal dalam ingatan bha.
Di sini disediakan beberapa gambar untuk tatapan,
Moga ,menjadi ikhtibar dan boleh menginsafkan diri kita:
Gambar yang Nasrin hantar :)
:'(
SEMOGA MEMBERI KEINSAFAN PADA DIRI KITA:
Allah....bukankah kisahnnya sama seperti arwah Ahmad Ammar.. Engkau terpilih sahabat ku. Aku kagum dan bersyukur dapat kenal dan bersahabat dengan kau sahabatku walau hanya satu semester terasa bagaikan telah lama berkenalan dengan kau Nasrin. Allahhuakbar.. Subhanallah..
Aku mahu tingkatkan amal supaya boleh mengikut jejak mu SAHABATKU..
Begitu indah apa yang Allah aturkan untukmu SahabatKu.. Kami mencemburui mu..
AL-FATIHAH SAHABATKU..
Ni Video yang pernah Arwah hantar semasa mula kenal dia dulu:
SEKIAN DULU DARI SAYA...
*Yang Baik dari Allah, Yang Buruk dari diri saya sendiri, mohon di maafkan.*
Tiada ulasan:
Catat Ulasan