JellyPages.com

LIFE IS A JOURNEY FROM ALLAH & TO ALLAH

LIFE IS A JOURNEY FROM ALLAH & TO ALLAH
#jihad fisabilillah

Ahad, 13 Disember 2015

SAHABATKU

SAHABATKU!


 Walau bukan ahli karyawan aku cuba ciptakan kau satu kata-kata sahabat agar aku boleh membalas jasamu Sahabatku..Agar aku boleh kenang kau. Bertapa kami merinduimu..




27 Safar 1437

Sahabat,
Engkau pergi meninggalkan kami,
Perkenalan yang membawa seribu erti,
Pemberi semangat,
Pemberi nasihat,
Tidak pernah jemu engkau bermadah,
Engkau sahabat terbaik,
Seyumanmu sahabat,
Tersimpan seribu rahsia,
Ucapanmu,
Nasihatmu,
Engkau diutus Allah untk memberi nasihat,
Sahabat,
Tenanglah kau di sana,
Bertemu kekasih abadi,
Sudah tertulis ajal,maut di tangan tuhan,
Namamu sentiasa terpahat di hati,
Berehatlah engkau,
Bersemadilah engkau dengan tenang..
Bertemulah engkau dengan bidadarimu..
Berehatlah,
Sahabatku..
Al-Fatihah..
Mohamad Nasrin bin Abdullah




Dulu arwah Tok aq meninggal kau bagi nasihat ngn kata-kata semangat..
Sekarang kau dah tiada..
Siapa nak bagi aq nasihat ngn kata-kata semangat..
Aku nak tanya hal-hal agama, ngn sapa lepas ni..
X bole dengar kau sebut
"Ulaq ayaq melingkaq atas pagiaq"
"Aloq Setaq"
Lagilaa😢
😢Damailah di sana😢
‪#‎Al‬-fatihah🍃


#AKANKU SIMPAN KENANGAN BERSAMAMU SAHABATKU IDOLAKU..


Ni Video Kenangan sahabat-sahabat Kau untuk Mu NASRIN..



:)

ENGKAU SAHABAT, ENGKAU IDOLAKU

~ENGKAU SAHABAT, ENGKAU IDOLAKU~


    Mohamad Nasrin bin Abdullah atau Mohd Hazman bin Laugu.. Sebaris nama yang tidak dikenali oleh orang lain. Tetapi pemergiannya menghadap kekasih yang abadi telah membuka mata dan menyedarkan banyak pihak. Arwah sangat baik tidak kira sesiapa, dianggapnnya sahabat, walau pun baru dikenalinya. Arwah seorang sahabat yang baik. Kami bergitu senang dengan sikap dan peribadi arwah. Sesuai untuk dijadikan contoh teladan. Orang seperti arwah sukar dicari hanya ada 1 dalam seribu. Saya mula menegurnnya semasa kami pelajar junior, berjumpa dengan Senior untuk tunjukkan tandatangan yang kami dapat. Dia kena marah sebab apa saya dah lupa, mata dia merah, balik tu saya bagitau dia kuatkan semangat ya, jangan nangis. Dia bagitau mana ada dia menangis. Lepas tu saya kata kenapa mata kau merah macam nak menangis. Dia kata yakaa.. Ermm (Kalaulah saya tahu arwah lebih kuat dari apa yang saya fikirkan). Seingat saya, dia memberitahu saya bahawa saya dan orang lain juga sahabatnya ada dia menghantar satu video. Saya masih ingat semasa ingin pulang beraya di kampung, saya meminta dia mengambil gambar kawasan rumahnnya, dan saya juga akan mengambil gambar kawasan rumah saya. Arwah ambil gambar tersebut. Apabila saya menghantar gambar sawah padi kepada beliau, beliau bergitu teruja, dan memberitahu jika diberi kesempatan beliau akan datang ke Kedah. Saya ada bertanya kepada beliau soal solat jamak, sujud sajadah dan beliau menjawab dengan baik serta disertakan bersama contoh. Seterusnya, semasa arwah nenek(tok) saya meninggal, orang lain hanya memberikan ucapan takziah dan Al-Fatihah. Tetapi arwah menghantar mesej dengan personal. Menyuruh saya besabar dan kuatkan semangat serta mensedekahkan ayat-ayat suci kepada arwah nenek saya. Allahuakbar :'( .. Sahabat ada lagikah orang sepertimu yang bakal hadir dalam hidupku ini. Arwah terlibat dalam satu kemalangan kecil semasa bermain bola sepak dan dimasukkan ke Hospital, satu malam. Saya menghantar kata- kata semangat. Beberapa hari selepas dia balik dari Hospital, dalam kelas Biologi dia tekupkan muka dekat meja, dia cakap dia rasa telingannya berdengung, saya teman Su pergi klinik Satelit, kebetulan arwah pon pergi juga, saya tanya macam mana dia, dia cakap okey cuma telinga dia rasa berdegung, muka dia macam mau menangis tuh. Dia bagitau dia kena pergi hospital semula untuk buat pemeriksaan, dia minta saya bawak balik beg dia simpan di bilik, nanti dia ambil.Selang beberapa hari selepas dia pulang saya memberitahu saya ingin memberinya coklat(gula-gula) yang ada tertulis Cepat Sembuh Ya. Dia cakap okey. Lama jugalaa coklat tu saya biarkan dalam beg sebab malu nak bagi. Tapi kalau tak diberi akan dikenang, alhamdulillah tercapai hasrat untuk bagi dia coklat tu. Saya tanya dia, macam mana coklat tu, maaf lambat bagi, dia cakap sudah habis dia makan. Semua makanan dia makan dia cakap. Saya tanya dia pasal kesihatan dia, Arwah cerita, malam-malam dia selalu demam, lenguh-lenguh dan pening. Saya bagitahu dia arwah Nenek saya dulu selalu demam malam, orang Kedah panggil "demam Musang", mak saya petua letak daun lalang bawah cadar tu. Dia bagitau saya dia tak tahu daun lalang macam mana. Hihihh,, saya x tahu Sabah panggil daun lalang tu daun apa, dia cakap nanti dia cuba.(Masa dia kat kampung dia). Setelah beberapa minggu saya tanya keadaan dia melalui WhatsApp, dia cakap dia nak pergi perubatan Islam. (masa kat U) Dia bagitau tak dak apa-apa diorang cakap. Saya tanya lagi macam mana keadaan dia, dia cakap masih sama dia selalu demam malam, lenguh-lenguh. Saya cuba tanya mak saya juga, Mak saya cakap suruh dia beli plaster lekat dekat tempat dia lenguh tu. Saya bagitau dia, dia cakap dia tak tahu plaster tu macam mana saya googlekan untuk dia. Dia cakap ya nanti dia cuba.
Sebelum masuk kem hutan saya ada hantar mesej kepada dia kalau tidak silap suruh dia doakan kami yang nak masuk kem ni. Dia tak dapat ikut kem. Masa dalam kem ada abang dia bagitau dia tak boleh jalan, saya tak percaya saya cakap mungkin abang dia cuma melawak ja. Rupannya betul, lepas tu saya tanya abang dia macam mana keadaan Nasrin dia cakap dah boleh bangun. Saya tengok perkembangan kesihatan arwah melalui Facebook dan WhatsApp. 28 November 2015 arwah ada like status wechat saya, saya chat dia. Bagitahu kuatkan semangat, kami Rimbawan 31 menunggu dia kembali, dan macam mana keadaan dia, dia cakap alhamdulillah dah sihat. 8 Disember 2015 saya dapat tahu arwah ditahan di Hospital Besar Sandakan. Malam tu Rimbawan 31 semua bersepakat untuk buat solat hajat dan bacaan Yaasin pada keesokan harinnya. 9 Disember  2015, akak Nasrin bagitau Nasrin dalam keadaan kritikal, dia sebagai wakil Nasrin ingin meminta maaf dan menghalalkan makan minum Nasrin, dan jika Nasrin ada hutang mintak dituntut serta menyuruh kami mendoakan arwah agar kembali sihat seperti sediakala. Pukul 11.06 AM, ada Haliza (sahabat baik Nasrin) hantar chat , doktor membuat pemeriksaan serta mengatakan terdapat darah beku di otaknya yang menyebabkan beliau tidak dapat dibedah. Keadaannya 50/50 dan cuma mengharap keajaiban daripada Allah. Walaupun arwah tahu banyak soal ilmu agama dia tidak sombong, malah siap suruh kongsikan lagi apa-apa ilmu yang baru. Hebatnya arwah. Malam tu Pusat Islam buat solat hajat ngn bacaan Yaasin untuk kesembuhan arwah. 10 Disember 2015 3.11 PM, kakak Nasrin cakap maafkan Nasrin, halalkan makan minum dia, sebab doktor cakap Nasrin tiada harapan sudah. 6.29 PM, seorang sahabat yang baik telah meninggalkan kami semua. Sampai sekarang masih terasa di dalam lubuk hati. Allah Ajal Maut sudah ditentukan. Setiap yang hidup akan Mati. Allah lebih sayangkan dia.  Nasrin meninggal malam Jumaat, dia dipilih oleh Allah, malam Jumaat dia pergi, "indahnya hari sahabat ku Nasrin" Pintu Neraka Tertutup Pintu Syurga Terbuka UntukMu SAHABAT. Aaminn.. Mereka menceritakan mengenai Tribute arwah. Betapa hebatnnya kau SAHABAT, Allah walau kau hebat, kau tidak riak dan angkuh Nasrin. Alhamdulillah Allah memperkenalkan saya dengan seorang insan yang begitu hebat, dalam bidang agama dalam kerja-kerja kebajikan. Engkau bagaikan "AMMAR JUNIOR" Nasrin. Begitu hebat dirimu SAHABATKU. Setelah dia meninggal baru kami tahu nama sebenar arwah serta umur sebenar arwah. Subhanallah, bertapa Allah menjaga aibmu SahabatKu.. Abang engkau menceritakan mengenai mayat engkau Nasrin, Allah kuasa dan keajaibannya ditunjukkan untuk kesedaran pada diri kami, kepada engkau hamba-Nya yang soleh. Kami ingin mengikut jejak langkah mu Nasrin. Allah aku bangga Nasrin ada sahabat sepertimu. Setiap apa yang diperkatakan oleh mu tidak pernah menyakitkan sahabat. Tenanglah engkau di sana SAHABATKU. Sayangnya semua chat kita terpadam Nasrin storage handset aku tidak cukup,. Hanya apa yang saya ingat saya ceritakan. Allah, Sahabatku Nasrin engkau tetap akan berada dalam ingatan kami, hingga akhir hayat Aaminn.. ENGKAU SAHABAT DAN ENGKAU IDOLAKU NASRIN@ HAZMAN.

!! Segala cerita ini adalah benar..
Kenangan saya bersama arwah..
Sayangnya mesej di WhatsApp semua terpadam..
ALLAH T_T
#Damai dan Tenanglah kau di sana SAHABATKU.

AL-FATIHAH:
MOHAMAD NASRIN BIN ABDULLAH/ MOHD HAZMAN BIN LAUGU.
Kekal dalam ingatan bha.


Di sini disediakan beberapa gambar untuk tatapan,
Moga ,menjadi ikhtibar dan boleh menginsafkan diri kita:



Gambar ARWAH semasa ke Semilajau.


 ALLAH!

 COKLAT.

Gambar yang Nasrin hantar :)







:'( 


 <~~~ Cuba fahami.







SEMOGA MEMBERI KEINSAFAN PADA DIRI KITA:







   Allah....bukankah kisahnnya sama seperti arwah Ahmad Ammar.. Engkau terpilih sahabat ku. Aku kagum dan bersyukur dapat kenal dan bersahabat dengan kau sahabatku walau hanya satu semester terasa bagaikan telah lama berkenalan dengan kau Nasrin. Allahhuakbar.. Subhanallah..
Aku mahu tingkatkan amal supaya boleh mengikut jejak mu SAHABATKU..

Begitu indah apa yang Allah aturkan untukmu SahabatKu.. Kami mencemburui mu..

AL-FATIHAH SAHABATKU..



Ni Video yang pernah Arwah hantar semasa mula kenal dia dulu:





SEKIAN DULU DARI SAYA...



*Yang Baik dari Allah, Yang Buruk dari diri saya sendiri, mohon di maafkan.*








Khamis, 8 Oktober 2015

IDOLA

                    1 nama yang amat dikenali


    Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, seorang pelajar jurusan sejarah di Turki. Dia ke sana untuk belajar Sejarah, tetapi sekarang beliau pula yang menjadi sejarah yang dikaji.
   

       Dia ibarat hujan di tengah hari. Datangnya tidak terjangka. Namun air yang tersisa tetap memberi subur dan segar kepada semua.

      Tuhan makbulkan doa ibu bapanya. Pemuda ini, sekarang sudah 'berkhidmat' untuk ummah dengan carannya tersendiri.

#c/payatbukuAhmadAmmarpemudayangdipersiapkanuntukUmmah





      Aku jadikan dia idola hidupku selepas Rasulullah SAW

Inilah gambar beliau:-




Hebatnya dia, dia telah bermimpi bertemu bidadarinya di syurga.
Di ambil dari FB beliau

Jom berjihad!


 #jadi marilah kita mengikut jejak langkahnya
# InsyaAllah kita juga boleh mengikut jejak langkahnya

Rabu, 7 Oktober 2015

GAMBAR ADA MAKNA:

 DEKAT FACEBOOK ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR KATA-KATA YANG ORANG LETAK..


                                 "YANG BAIK KITA AMBIL YANG JAHAT KITA BUANG"

INI DISERTAKAN UNTUK TATAPAN: