JellyPages.com

LIFE IS A JOURNEY FROM ALLAH & TO ALLAH

LIFE IS A JOURNEY FROM ALLAH & TO ALLAH
#jihad fisabilillah

Jumaat, 9 Disember 2016

Esok Bha

10.12.2015-10.12.2016

  Sekejap masa berlalu esok dah msuk setahun kau tinggalkan kami semua Nasrin. Pasti kau sedang bergembira di sana Nasrin. Aku ingin mengikut jejak langkah kau Nasrin. Semoga aq terus istiqamah dalam mengubah diri aq.
Al-Fatihah Mohamad Hazman bin Laugu💐

Rabu, 27 Januari 2016

Pakaian Penduduk Syurga Warna Hijau

Pakaian Penduduk Syurga Warna Hijau..


Benarkah pakaian penduduk surga itu warna hijau?
Disebutkan dalam ayat Al Quran,
عَالِيَهُمْ ثِيَابُ سُنْدُسٍ خُضْرٌ وَإِسْتَبْرَقٌ وَحُلُّوا أَسَاوِرَ مِنْ فِضَّةٍ وَسَقَاهُمْ رَبُّهُمْ شَرَابًا طَهُورًا
Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau dan sutera tebal dan dipakaikan kepada mereka gelang terbuat dari perak, dan Rabb mereka memberikan kepada mereka minuman yang bersih.” (QS. Al Insan: 21).
Dari Abu Romtsah Rifa’ah At Taimiy, ia berkata,
خَرَجَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهِ ثَوْبَانِ أَخْضَرَانِ
“Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam pernah menemui kami dalam keadaan memakai dua pakaian (pakaian atas dan bawah) yang berwarna hijau.” (HR. An Nasai no. 5319. Hadits ini shahih menurut Syaikh Al Albani)
Dalam Tuhfatul Ahwadzi disebutkan, “Pakaian warna hijau adalah pakaian penduduk surga sebagaimana ada riwayat yang menyebutkan hal ini. Juga dalam ayat Al Quran disebutkan “Mereka memakai pakaian sutera halus yang hijau”. Warna hijau ini lebih mengenakkan pandangan dan selalu nampak indah.”
Syaikh As Sa’di menyatakan tentang ayat di atas, “Allah menjadikan untuk penduduk surga dua jenis pakaian sutera yang berwarna hijau.” Lihat Taisirul Karimir Rahman.
Ini juga menjadi dalil bahwa pakaian hijau adalah pakaian yang boleh dikenakan dengan alasan dalil Al Quran dan pakaian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam.
Semoga kita bisa merasakan nikmatnya pakaian hijau tersebut kelak di surga. Allahumma inna nas-aluka al jannatal firdausal a’laa (Ya Allah, kami meminta pada-Mu surga Firdaus yang tertinggi).
Semoga bermanfaat.

Khamis, 7 Januari 2016

Indahnya akhlakMu Ya Rasulullah

HAYATI KISAH INI:


Rasulullah s.a.w. pernah menyembelih seekor kambing, kemudiannya Nabi s.a.w. menyedekahkan daging kambing tersebut kepada golongan fakir miskin. Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada isterinya Aisyah r.a. : Apa yang tersisa dari (daging) kambing tersebut? Isteri Rasul yang memang mengetahui bahawa Rasulullah suka memakan daging kambing, telah menyimpan sedikit dari bahagian bahu kambing tersebut untuk Rasulullah s.a.w. Maka Rasulullah s.a.w.  bersabda: “Semua (daging) kambing (yang disedekahkan) tersebut kekal tetap, melainkan (bahagian) bahunya.” [Hadith Riwayat At-Tirmidzi]

Apakah agaknya yang dimaksud Nabi s.a.w. berkaitan apa yang disedekahkan itu kekal tetap? Ia bererti, apa yang disedekahkan itu diterima Allah s.w.t., oleh itu pahalanya kekal di sisi Allah s.w.t, dan apa yang kita simpan di sisi kita akan fana dan luput. Sejajar dengan firman Allah s.w.t. :

     Yang bermaksud : "Dan segala yang disisimu (dari harta) akan hapus, dan segala yang
berada di sisi Allah s.w.t. akan kekal selama-lamanya, dan nescaya akan kami ganjari mereka yang bersabar dengan ganjarannya, sesuai dengan sebaik-baik amalan mereka".

  • marilah sama-sama bersedekah

  • Indahnya sifat kepedulian Nabi Muhammad s.a.w. Baginda Nabi s.a.w. lebih mengutamakan golongan yang susah dan memerlukan meskipun Nabi dan ahli keluarganya terpaksa menanggung kelaparan.

  • Peliharalah diri kita daripada sifat mementingkan diri sendiri, serta mementingkan keperluan peribadi kita sahaja.

Kita perlu memupuk dan membina rasa belas dan peduli sesama kita, ada beberapa nilai yang perlu kita teruskan antaranya:
   
     1.Menghargai nyawa setiap Insan:
 Kemanisan keimanan itu tidak akan hadir kecuali jika kita menggabungkan kecintaan kepada Allah s.w.t. dan Rasulullah s.a.w. dengan kecintaan kepada insan lain. Bagaimana mungkin kita menjadi hamba Allah yang dikasihi, sedangkan hubungan kita bersama ciptaan Allah itu renggang dan dingin? Ataupun kita tidak menghiraukan keadaan golongan yang memerlukan bantuan? Ataupun kondisi kehidupan jiran kita yang mana pada setiap hari kita melintasi depan pintunya? Ingatlah sabda Rasulullah s.a.w:
“Tiga perkara; sesiapa yang memilikinya, maka ia akan merasakan manisnya iman. Pertama: mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada sesuatu yang lain. Kedua: mencintai seseorang hanya karena Allah semata. Dan ketiga: enggan kembali kepada kekufuran sebagaimana ia enggan dilemparkan ke dalam api.” [Hadith riwayat Imam Bukhari dan Muslim]

Perlu difahami bahawa layanan seseorang insan terhadap insan yang lain akan ditentukan oleh rangka pandangannya atau sangkaannya. Oleh itu jika seorang Muslim mempunyai orientasi Islam yang memusuhi sesiapa sahaja yang bukan dari agamanya atau aliran ikutannya, maka ini akan menjejas kemampuannya untuk bergaul dengan baik dan lalu berusaha untuk memupuk kesefahaman yang akan menjamin keharmonian antara mereka.

Di sinilah mesej kemanusiaan di dalam Islam memainkan peranan yang penting di dalam meningkatkan kefahaman Islam sejagat oleh umat Islam sendiri. Sebagaimana yang ditekankan oleh Syeikh Dr. Muhammad Saeed Ramadan Al-Buthi dalam kitabnya “Cinta di dalam Al-Quran”:  "Hakikat bahawa kita seorang insan, hamba dan milik Allah s.w.t. adalah cukup untuk mewajibkan perasaan kasih sayang dan cinta terhadap insan yang lain".

   2.Pemahaman menyeluruh berkaitan Rahmatan Lil ‘Alamin.
Firman Allah s.w.t. dalam surah Al-Anbiya’ ayat 107:

Ertinya: “Dan tiadalah Kami mengutus kamu (Yakni Nabi Muhammad s.a.w.) melainkan untuk menjadi rahmat bagi semesta alam.”

Pada ayat yang dibacakan tadi, dinyatakan dengan jelas bahawa Rasulullah s.a.w. diutuskan oleh Allah s.w.t. sebagai rahmat buat sekalian alam. Kalimat “rahmat” di dalam ayat tersebut membawa pengertian umat yang melakukan kebaikan dan umat yang memberi kesan positif kepada lingkungannya. Seorang mukmin yang berusaha untuk menjadi rahmat bagi lingkungannya tidak akan terkesan dengan situasi sekelilingnya, bahkan mereka yang berada bersebelahan dengannya akan terkesan dengan kebaikan dirinya. Seperti kenyataan Nabi Syuaib a.s. kepada kaumnya:

Yang bermaksud: "Sesungguhnya yang aku inginkan hanyalah pembaikkan, sejauh kemampuan ku. [Surah Hud, ayat 88]

Maka kita sebagai umat Rasulullah s.a.w. juga sewajarnya menjadi rahmat kepada manusia sekeliling kita dan berusaha untuk melaksanakan segala jenis kebaikan kepada masyarakat secara umum, menyontohi kehidupan dan peribadi Nabi Muhammad s.a.w.

Semoga Allah s.w.t. mengurniakan kepada kita taufiq serta inayah untuk menjadikan Baginda s.a.w. sebagai contoh teladan terbaik kita, serta mengamalkan dan menerap segala sunnahnya, amin Ya Rabbal Alamin.

Hasil carian imej untuk kaligrafi rasulullah

Hasil carian imej untuk kaligrafi rasulullah

 Hasil carian imej untuk salawat





Rabu, 6 Januari 2016

IKHTILAT

-IKHTILAT-

Apa itu IKHTILAT ?

Bahasa:
Dari segi bahasa, ikhtilat bererti: meramukan, menggaul sesuatu dengan sesuatu yang lain yakni mencampurkannya.
Istilah Syariat
Yang dimaksudkan dalam perbahasan ini ialah: Percampuran wanita dengan lelaki iaitu perkumpulan mereka pada satu tempat, sama ada dalam bentuk kumpulan atau bersendirian. Percampuran di satu tempat selalunya menyebabkan mereka bertemu antara satu sama lain, berpandangan, berkomunikasi dan bertegur sapa. Apa hukumikhtilat dalam konteks yang seperti ini?
Adakah percampuran wanita dengan lelaki sama dengan percampuran lelaki dengan lelaki, tanpa ada perbezaan?
Jawapannya ialah; Tidak , secara pastinya tidak.
Tidak ada seorang pun yang mengatakan bahawa pergaulan wanita dengan lelaki sama dengan pergaulan lelaki dengan lelaki. Kerana asasnya pergaulan lelaki sesama lelaki adalah HARUS, tetapi pergaulan lelaki dengan wanita asalnya adalah HARAM.
 ikhtilat
HARAM ? Macam mana nak berkerja, nak belajar, nak berjual beli ?
Dalam hal ini, Ahli Sunnah Wal Jamaah, mengambil pendapat yang pertengahan (mutawasit). Iaitu, berserderhana dalam percampuran lelaki dan wanita, tidak mengharamkan secara mutlak dan tidak juga menghalalkan secara mutlak.
Ulama juga mengariskan beberapa keadaan yang membolehkan menjadikan percampuran antara lelaki dan wanita yang HARAM pada asalnya kepada suatu perkara yang diHARUSkan, antaranya ialah:
1-      Dalam keadaan terpaksa (Dharurah)
    • Menyelamatkan dari keburukan yang lebih besar seperti, kehilangan nyawa dalam kemalangan atau keadaan bahaya, kehilangan maruah dan lain-lain.
2-      Dalam keadaan keperluan (Hajat)
    • Dalam gerak kerja (mesyuarat, perbincangan & program)
    • Dalam pembelajaran (Kelas)
    • Jual beli
    • Kerja kehakiman
    • Saksi
    • Amar maaruf nahi mungkar
    • Melayan tetamu
    • Dalam kenderaan awam
    • Percampuran yang menjadi kebiasaan dalam keluarga
p/s:   Keadaan diatas menyebabkan ikhtilat menjadi HARUS dengan syarat keadaan percampuran diatas mengelak perkara yang dilarang dalam ikhtilat & menepati syarat-syarat Ikhtilat
 Perkara yang dilarang dalam ikhtilat
1-      Pandangan yang berlebihan
    • Pandangan yang berlebihan adalah ditegah dalam Islam,
    • “Katakanlah kepada laki-laki yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan….. dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pengelihatan dan menjaga kehormatan” Surah An-Nur : 30-31
    • Dan sabda rasulullah “…. janganlah engkau menuruti pandangan pertama kamu dengan pandangan kedua, sesunguhnya pandangan pertama adalah bagi kamu dan yang kedua adalah dosa ke atasmu”
2-      Bersentuhan
    • Sentuhan juga adalah perkara yang dilarang, sabda rasulullah, “Sekiranya kamu ditusuk kepala kamu dengan besi, adalah lebih baik daripada memegang-megang lelaki/perempuan yang tidak halal untuk kamu”
    • Sentuhan yang dimaksudkan di sini, termasuklah sentukan kulit dan kulit atau berlapik, dan antara analogi mudah yang boleh diberikan, adalah adakah kita boleh membiarkan alat sulit kita disentuh oleh sesiapa sahaja walaupun ianya berlapik?
3-      Bercakap lembut
    • Suara/percakapan juga adalah elemen terpenting yang perlu dijaga, percakapan yang tidak perlu, berbunga dan bermanja perlu dielakkan.
    • Perbualan yang ringkas, padat dan mencapai maksud adalah lebih baik daripada perbualan yang lain.
4-      Khalwat(berdua-duaan)
    • DILARANG bagi seorang lelaki dan seorang wanita dalam keadaan berdua-duaan, melaikan bersama mahram.
    • Tempat sunyi tidak menjadi syarat kepada khalwat.
    • Mahram yang dimaksudkan disini adalah ahli keluarga atau sesiapa sahaja yangmemahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
5-      Tidak menutup aurat
    • Aurat wanita kepada lelaki yang bukan mahram adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan
    • Aurat lelaki kepada wanita yang bukan mahram adalah pusat hingga lutut
Syarat-syarat Ikhtilat
1-      Niat
    • Kerana Allah
2-      Matlamat
    • Perkara yang memaksa dan keperluan sahaja
3-      Tidak bersentuhan
    • Tidak berlaku sentuhan samada kulit dan kulit atau berlapik
4-      Menutup & menjaga aurat
    • Perlu sentiasa terjaga
5-      Menjaga adab bercakap
    • Ringkas, pada dan difahami, tidak meleret dan berlebihan
6-      Mengasingkan tempat
    • Diasingkan dengan pengasingan yang jelas, samaada kiri dan kanan, depan dan belakang
7-      Dibawah kawalan orang yang dipercayai
  • Bawah pantauan orang yang dipercayai dan memahami hukum islam dan mampu menegur jika berlakunya pemesongan daripada landasan islam/maksiat
  • Keadaan (Wakie’) mahasiswa Malaysia di Mesir menjadikan pasangan berkahwin (Mutazauwij) adalah orang yang dipercayai
Salah Faham berkaitan Ikhtilat
  1. Jumlah lelaki dan wanita dalam satu percampuran tidak mengubah hukum dan adab-adab ikhtilat.
    • Terdapat sebilangan masyarakat yang menyalah ertikan Ikhtilat dan Khalwat
    • Ikhtilat adalah percampuran lelaki wanita, tidak kira bilangan
    • Khalwat adalah keadaan dimana lelaki dan wanita berdua-duaan tanpa mahram (orang yang dipercayai, memahami hukum islam & mampu menegur)
  2. Fizikal tubuh (jisim) tidak menjadi syarat berlakunya ikhtilat
    • Ikhtilat boleh berlaku samada melalui telefon, “chatting” dan lain-lain lagi cara komunikasi yang membolehkan perhubungan/interaksi antara lelaki dan wanita.
    • Dalam ikhtilat moden ini, perkara yang dilarang dan syarat-syarat ikhtilat juga perlu dipatuhi bagi mengelakkan ikhtilat yagn diHARAMkan
  3. Kenal atau tidak, warna kulit, bahasa pengantara, bangsa dan kaum yang berbeza tidak menjadi perkara yang membolehkan ikhtilat
    • Antara yang sering berlaku apabila ada istilah adik angkat, abang angkat dan kakak angkat, kerana dikatakan perhubungan seperti adik beradik dan tiada nafsu antara mereka, perhubungan seperti ini tidak terlepas dengan Hukum & Adab-adab Ikhtilat
    • Perhubungan lelaki dan wanita, berlainan negara, bangsa dan warna kulit juga perlu mematuhi Hukum & Adab-Adab Ikhtilat

“Wallahua’lam”

Rujukan:
Kutaib Wanita Musafir & Ikhtilat, karangan Ustaz Syaiful Azlan bin Che Daud

Hasil carian imej untuk IKHTILAT

Ukhuwah Fillah

'TIDAK SEMPURNA IMAN SESEORANG DARIPADA KAMU SEHINGGALAH IA MENGASIHI SAUDARANYA SEPERTI IA MENGASIHI DIRINYA.'
[Riwayat Al-Bukhari & Musllim]


  Segala puji bagi Allah Yang Maha Esa. Selawat dan salam sejahtera kepada baginda Nabi terakhir, yang tiada Nabi sesudahnya. قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : " لا يؤمن أحدكم حتى يحب لأخيه ما يجب لنفسه "(رواه البخارى) Maksudnya: “Tidak beriman (sempurna) seseorang kamu, sehingga dia mengasihi saudaranya sepertimana dia mengasihi dirinya sendiri.” Ukhuwah merupakan satu tautan hati yang terjalin antara sesama Mukmin yang mana iman dan aqidah menjadi asas penting berlakunya proses ukhuwah. Iman dan ukhuwah merupakan proses timbal balik sebagaimana yang pernah disebutkan oleh Imam as-syahid Hassan al-Banna, ukhuwah kembarnya adalah iman, semakin tinggi iman seseorang semakin kuat ukhuwahnya dan semakin lemah ukhuwah seseorang itu, menunjukkan keimanannya yang semakin menurun.                 Persaudaraan yang terbina kerana Allah merupakan tali iman yang paling kuat sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda mafhumnya : “Tali Islam yang terkuat adalah wala' kerana Allah, memusuhi kerana Allah, cinta kerana Allah, dan benci kerana Allah 'Azzawa Jalla." Rasulullah s.a.w bersabda : “Setiap mukmin yang satu bagi mukmin lainnya bagaikan suatu bangunan, satu di antara lainnya saling memperkukuhkan”. Rasulullah s.a.w juga bersabda: “Perumpamaan kaum muslimin dalam hal saling mencintai, saling menyayangi dan saling mengasihi itu adalah bagaikan satu tubuh. Jika salah satu bahagian tubuh merasakan sakit maka seluruh bahagian lainnya juga merasakan sakit sehingga tidak dapat tidur dan demam (kerananya)” [HR Bukhari]                 Daripada hadith di atas, kita dapat mengetahui betapa pentingnya nilai ukhuwah dalam kehidupan seseorang. Begitu indahnya jika seseorang itu mengetahui manisnya ukhuwah dan betapa ruginya jika seseorang itu hidup tanpa berukhuwah. Nilai ukhuwah tidak akan dapat dibeli dengan wang ringgit, tidak akan cair di musim panas, tidak akan beku walau di musim sejuk, tidak akan luruh di musim hujan tetapi akan sentiasa mekar walaupun bukan di musim bunga selagimana ia dibajai iman dan taqwa . Apabila kita berukhuwah kita akan melihat sejauhmana kadar takwa dan kebaikan yang dilihat dari saudaramu, sejauh itulah tulusnya cinta dan persahabatan yang anda berikan padanya. Sejauh mana tingkat zikir, ibadah, peringatan akan akhirat, perhatian terhadap ketaatan kepada Allah dan dakwah di jalanNya yang memenuhi erti sebuah persahabatan, sejauh itulah eratnya persahabatan dan jalinan cinta yang terjalin di antara keduanya. Namun....jika hubungan persahabatan kering dari butir-butir zikir, ibadah, saling menasihati, mengingati perihal akhirat dan mendorong semangat dakwah, maka kegersangan ukhuwah akan semakin terasa, lalu beralih menkadi permainan dan perdebatan sia-sia. Hati bertambah keras dan cepat bosan, sementara lagha membuka gerbang perselisihan dan akhirnya terjelmalah dosa sebagai dinding pemisah yang memburaikan ukhuwah dan memisahkan dua sahabat. Rasulullah s.a.w bersabda : "Tidaklah dua orang yang saling berkasih sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang di antara keduanya.”               Memelihara ukhuwah lebih sukar dari membinanya. Setiap ukhuwah yang dibina atas  dasar iman akan sentiasa diuji. Syaitan akan sentiasa mencari pintu-pintu yang boleh merosakkan ukhuwah yang terbina. Buruk sangka, sukar memaafkan, dendam, dengki dan sebagainya adalah gejala-gejala kerosakan ukhuwah yang begitu mudah berlaku apabila noktah bidayah atau starting point bagi ukhuwah itu tidak benar-benar dibina diatas dasar iman yang betul dan mendalam.               "Kemanisan ukhuwah itu adalah dengan memberi bukan dengan menerima". "Ukhuwah adalah natijah dari keimanan yang benar dan hidup" Itulah erti sebuah ukhuwah. Bagi seseorang yang benar-benar beriman dan meyakini janji-janji Allah, ganjaran untuk memaafkan tanpa diminta, berbaik sangka dan mendahului sahabatnya melebihi diri sendiri [Itsar]dan sebagainya akan sentiasa mencari ruang dan peluang untuk meraih janji-janji itu. Hatinya sentiasa sibuk mencari alasan untuk memaafkan saudaranya, sibuk berbaik sangka dan mencari peluang untuk mengutamakan sahabatnya melebihi dirinya sendiri.                 Apa yang diharapkannya? Syurga dan keredhaan Allah SWT. Ia tidak mengharapkan ucapan terima kasih apatah lagi balasan. Keyakinan dan keimanannya menjadikan jiwanya dirasuk ukhuwah dan kebaikan hingga hilang sifat ananiyyah (pentingkan diri sendiri). Ia menjadi pemburu syurga sehingga menjadikan Itsar sebagai tunggangannya. Hatinya tertambat di akhirat sedangkan jiwanya telah terpikat dan tergila-gilakan keredhaan Allah. Setiap kebaikannya ditaburi bunga-bunga ikhlas dan cinta. setiap kecaman dan fitnah yang lemparkan padanya ditadah dengan dulang pasrah dan redha. Ketahuilah wahai saudaraku, kemuncak bagi sesebuah ukhuwah islamiyyah itu ialah Itsar iaitu mementingkan saudara seaqidahnya lebih dari dirinya sendiri. Apabila seseorang itu “Salamatus Shodr”, kelapangan dada terhadap saudara seiman maka Itsar akan terbentuk. Tetapi untuk mencapai tahap itsar itu bukan suatu perkara yang mudah. Hanya insan yang hatinya benar-benar bersih, tulus dan ikhlas dalam berukhwah akan sampai ke puncak itu. Keteguhan Iman inilah yang menjadikan jiwanya gagah mendaki puncak ukhuwah hingga memperolehi buah-buah Itsar. Lalu dengan buah-buah itsar inilah ia membalas setiap lemparan kebencian dan dengki yang diterimanya hingga meruntuhkan tembok-tembok keegoan yang menghalang untuk tumbuhnya cinta dan persahabatan kerana Allah. Itsar ini akan mampu melembutkan hati-hati yang keras, juga menjinakkan jiwa-jiwa yang liar serta memadamkan api-api permusuhan dan dendam lalu dengan izin Allah SWT hati-hati manusia menjadi bersatu diatas Cinta dan Iman.               Tidak perlu lagi kita meliarkan pandangan kesekeliling kita untuk mencari ukhuwah, tundukkanlah jiwa kita dan pandanglah sedalam-dalamnya kelubuk hati kita...adakah kita menemui ukhuwah? Di situlah tempat ia bersemayam. Bukan pada senyuman teman atau kekasaran kawan juga bukan pada penghargaan dan kebencian sahabat taulan.                

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu

 

Hasil carian imej untuk ukhuwah fillah till jannah

Hasil carian imej untuk ukhuwah fillah till jannah

Hasil carian imej untuk ukhuwah fillah till jannah

Hasil carian imej untuk ukhuwah fillah till jannah

Hasil carian imej untuk ukhuwah fillah till jannah

Hasil carian imej untuk ukhuwah fillah till jannah