JellyPages.com

LIFE IS A JOURNEY FROM ALLAH & TO ALLAH

LIFE IS A JOURNEY FROM ALLAH & TO ALLAH
#jihad fisabilillah

Khamis, 8 Oktober 2015

IDOLA

                    1 nama yang amat dikenali


    Ahmad Ammar bin Ahmad Azam, seorang pelajar jurusan sejarah di Turki. Dia ke sana untuk belajar Sejarah, tetapi sekarang beliau pula yang menjadi sejarah yang dikaji.
   

       Dia ibarat hujan di tengah hari. Datangnya tidak terjangka. Namun air yang tersisa tetap memberi subur dan segar kepada semua.

      Tuhan makbulkan doa ibu bapanya. Pemuda ini, sekarang sudah 'berkhidmat' untuk ummah dengan carannya tersendiri.

#c/payatbukuAhmadAmmarpemudayangdipersiapkanuntukUmmah





      Aku jadikan dia idola hidupku selepas Rasulullah SAW

Inilah gambar beliau:-




Hebatnya dia, dia telah bermimpi bertemu bidadarinya di syurga.
Di ambil dari FB beliau

Jom berjihad!


 #jadi marilah kita mengikut jejak langkahnya
# InsyaAllah kita juga boleh mengikut jejak langkahnya

Rabu, 7 Oktober 2015

GAMBAR ADA MAKNA:

 DEKAT FACEBOOK ADA BANYAK GAMBAR-GAMBAR KATA-KATA YANG ORANG LETAK..


                                 "YANG BAIK KITA AMBIL YANG JAHAT KITA BUANG"

INI DISERTAKAN UNTUK TATAPAN:




































TAUBAT NASUHA



                     "BERTAUBATLAH SELAGI PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA,"!!!


           SESUNGGUHNYA SETIAP DARI KITA TIDAK AKAN TERLEPAS DARI MELAKUKAN DOSA. JADI BERTAUBATLAH UNTUK KEMBALI KE JALAN YANG BENAR DAN JALAN YANG DIREDHAI OLEH ALLAH. AMALAN-AMALAN SUNAT DAPAT MENINGKATKAN LAGI KETAKWAAN KITA KEPADA ALLAH S.W.T .

  AKU SELALU DENGAR ZIKIR NI:



MAKSUDNYA:

Astaghfirullah Rabbal Barroya 

(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...4X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)

 Wa wa fiqni 'amalam maqbula

(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)
Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas) 
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha) 

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...2X

Rabbi zidni 'ilman naa fi'a
(Tambahkan kepadaku ilmu yang berguna)
Wa wa fiqni 'amalam maqbula
(Dan berikanlah aku amalan yang dimakbulkan)

Wa Wa habli rizqan waasi'a
(Dan kurniakan kepadaku rezeki yang meluas) 
Wa tub 'alaia taubatan nasuha 2X
(Dan perkenankan taubatku dengan taubat nasuha)

Astaghfirullah Rabbal Barroya
(Ampunilah Hamba Ya Allah Maha Penerima Taubat)
Astaghfirullah Minal khotoya.
(Ampunilah Hamba Ya Allah Daripada Segala Dosa) 
...2X


!~JADILAH MARILAH SAMA MENAMBAH AMAL IBADAH 
KITA~!

Jumaat, 2 Oktober 2015

AHMAD AMMAR

                  -AHMAD AMMAR-

  Assalammua'alaikum..

Bismillahirrahmanirrahim..Allahumasolliallamuhammad..Mampukah aku menjadi seorang hamba seperti beliau.. InsyaAllah aku akan cuba.. Subhanallah bergitu indah cerita Ahmad Ammar.. Final exam bakal menjelma kem hutan bakal menjelma.. Aku perlu berubah kerana dunia sekarang sudah semakin tua.. Sambil mengejar ilmu dunia JANGAN DILUPA ILMU AKHIRAT. Ilmu ini akan kekal abadi. Kehidupan di dunia ini hanya sementara, kita bakal menempuhi alam lain.. Iaitu alam barzakh dan alam akhirat.. Janji Allah itu pasti.. Pelengkapkan diri.. Dekatkan diri dengan Allah.. Cinta pada dunia, dunia kita dapat.. Cinta Akhirat kekal abadi.. Redha ibu bapa itu yang terpenting ketika kita ingin melakukan sesuatu perkara.. Redha Allah terlertak pada Redha mereka..

Di sini diselitkan beberapa mutiara kata yang baik yang diambil dari buku Ahmad Ammar:

* "Keredhaan Allah terletak pada keredhaan ibu bapa dan kemurkaan Allah terletak pada kemurkaan ibu bapa."

* "Ammar, hidup ini bukan tentang menang kalah ataupun siapa kuat, dia menang, siapa lemah, dia kalah. Hidup ini lebih daripada itu. Tentang erti mencuba dan berusaha, memberikan yang terbaik, tawakal serta percaya dengan kurniaan dan rezeki Allah,"nasihat ayahnya."

* " Bukannya kalau masuk pertandingan kita mesti menang. Banyak perkara kita boleh belajar dari situ. Apa kita boleh baiki, apa kita kurang, paling penting, jati diri kita, kekuatan kita,"

*"Hidup ini bukan tentang kemenangan semata-mata, tetapi tentang pengalaman yang diperoleh dan menghargai setiap peluang yang diberikan."

*"Bagi mendapatkan ilmu yang berguna untuk masa depan, kamu mesti sanggup bersusah payah dahulu. Kamu akan gagal jika lemah semangat, mudah putus asa atau bersikap sambil lewa."

*Sifat marah dan dendam hanya merosakkan kebaikan yang ada pada diri kita. 

  ~ Ahmad Ammar seorang yang begitu menjaga adab dan perilakunya. Dia tidak pernah dilihat bergurau senda atau tertawa. Terkenal sebagai seorang pendiam, tetapi mempunyai bakat aktiviti sukan, kesenian, dan kepimpinan.~ (Subhanallah mampukah aku :'( ).

  * "BERKHIDMAT UNTUK UMAT, BUKAN UNTUK DIRI SENDIRI."  

 ~ Ahmad Ammar memang seorang yang berdisiplin. Tetapi disiplinnya bukanlah disiplin yang   menyusahkan orang lain, ataupun yang menekankan diri sendiri. Disiplin itu memberi motivasi kepada dirinya dan kepada mereka yang disekelilingnya. ~ 

*Ahmad Ammar mengikat ilmu dengan penanya. (membuat catatan setiap apa yang diajarkan.)

*Ahmad Ammar amat Tawaduk. Dia tidak pernah menceritakan dan selalu menyembunyikan kebaikan yang dilakukannya, dan keistimewaan-keistimewaan yang ada pada dirinya. (Allahhuakbar :'( )  

* "Yakinkanlah, Ammar, segala yang berlaku itu adalah dalam ketentuan-Nya. Pastinya ada sesuatu untuk Dia berikan kepada Ammar apabila berada di situ." 

* "KEJAYAAN YANG SEBENAR IALAH KITA CEMERLANG DI DUNIA DAN BAHAGIA DI AKHIRAT," KATA AMMAR. (ALLAH) 

* " SESUNGGUHNYA KAMI TELAH MEWAQAFKAN KEHIDUPAN KAMI DEMI HAKIKAT AGUNG YANG CAHAYANYA LEBIH TERANG DARIPADA MATAHARI. DAN INDAH SEBAGAIMANA INDAHNYA SYURGA. SERTA MANIS LAGI LAZAT SEBAGAIMANA LAZATNYA KEBAHAGIAN ABADI,". 

*" Sebenarnya, kehidupan kita di dunia ini bukan berlegar di sekitar kita seorang sahaja, tetapi sebenarnya untuk dikongsikan bersama masyarakat yang lebih meluas."   

* PERUMPAMAAN ORANG MUKMIN TERHADAP ORANG MUKMIN YANG LAIN ADALAH SEUMPAMA BADAN, JIKA SALAH SATU ANGGOTA BADAN SAKIT MAKA SELURUH JASAD IKUT MERASA SAKIT." (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

* "MENGEMBARALAH DAN BERKELANALAH. AIR YANG BERTAKUNG ITU MENCEMAR KANDUNGANNYA. TETAPI SEKIRANYA AIR ITU MENGALIR, IA AKAN BAIK DAN BERSIH. SEKIRANYA AIR ITU TIDAK MENGALIR PASTI TERCEMAR DAN BUSUK ." 

* " Setiap yang hidup pasti akan mati. Dan mati itu tidak mengenal usia. Saya rela jika mati semasa melakukan amal kebajikan," jawab Ahmad Ammar.

* "Para sahabat dulu kaki kena potong, tangan kena potong masih sanggup terus berperang.Ammar cuma sakit sikit sahaja."(Ammar kemalangan sehingga kakinya cedera) 

"Perlu ada keredhaan Allah dalam amalan kalian.Sekirannya Allah redha sedangkan seluruh dunia berpaling daripadamu, maka itu tidak penting. Jika Dia telah menerima amalanmu sedangkan seluuruh makhluk menolak, maka ia tidak memberi apa-apa kesan pun. Kerana itulah sepatutnya hanya REDHA ALLAH semata-mata yang menjadi tujuan utama dalam khidmat dakwah ini." 

*BENARLAH BAHAWA AJAL MAUT ITU ALLAH YANG MENENTUKAN. APABILA SUDAH SAMPAI SAATNYA, TIADA YANG DAPAT MENAHANNYA. TIDAK LAMBAT SEDETIK DAN TIDAK CEPAT SEDETIK, KEMATIAN ITU TIBA TEPAT PADA WAKTUNNYA.

* ALLAH MENGUJI HAMBA-NYA MENGIKUT KEMAMPUANNYA    

Wahai saudara Muslim sekalian, kalau kamu berjalan dengan betul, Allah akan jadikan jalan kamu itu bersama-sama jalan para sahabat Nabi.

* "Cahaya sanubari ialah ilmu-ilmu agama. Nur akal ialah ilmu-ilmu moden. Apabila kedua-duanya brgabung, maka hakikat akan muncul. Melalui dua sayap itu, pelajar akan terbang tinggi. Jika kedua-duannya terpisah, maka pada yang pertama akan lahir kefanatikan, manakala yang kedua, helah dan keraguan." 

 Ini mutiara kata yang saya suka dari buku yang saya baca mengenai Beliau.. Bertajuk Ahmad Ammar PEMUDA YANG DIPERSIAPKAN UNTUK UMMAH. Sebuah novel karya ABDUL LATIP TALIB.

Jadi ayuhlah sama-sama kita persiapkan diri kita untuk jadi seperti beliau.. Sekarang saya menjadikan beliau "Role Model" saya. Jika dia boleh kenapa kita tidak.. 

 REDHA IBU BAPA DAN REDHA ALLAH PENTING

  Sekian. Wassalam.. 

Saya sediakan satu gambar untuk tatapan:


Mutiara kata dari buku ini